nuffnang

Friday 24 June 2011

Forum Perdana Ehwal Islam...RTM1

Hari ni ade rakaman Forum Perdana Ehwal Islam kat Auditorium Kompleks E, moderator dia..dr. Ridhuan Tee Andullah..panel nya..x kenal pulak...baru tau macam mane proses rakaman sesuatu rancangan berbetuk forum....kelakar rupanya dr. Ridhuan Tee tu..suka buat lawak dan bergurau........

Dan pantang larang rakaman pulak macam-macam.......kene silent mode kan henpon...tak bley tidor...buat-buat terkejut kalau tetiba kamera tu kene kat muka kita..nanti kat skrin besar tu akan kuar muka kita..so jangan pulak buat-buat terkejut......yang ni bagi aku maybe kita x perasan masa mula-mula kamera tu shoot ke arah kita...so kalau tadi tu banyak kali jugak la kamera tu 'terfokus' kat area aku dudk...so bleh la nanti tengok muka kuar tv....

Tajuk dia tadi..."Jariah Alat Ganti" dan "Cegah Sebelum Melarat"......

Yang masa rakaman tajuk Jariah Alat Ganti tu..pasal derma organ..best jugak la...sebab ade seorang penonton yang datang tu..adalah bapa kepada penderma organ..sangat sedih dan terharu mendengar kisah dia...anak dia seorang hafiz al-quran..meninggal kerana eksiden...dia redha derma ENAM organ anak nya kepada orang lain, tisu mata, jantung, dua buah pinggang, paru-paru, hati...kami menghadiahkan kan si mati al-fatihah..bapanya sangat tabah...tapi masa dia duduk..aku nampak gak dia kesat air mata dia..mungkin dia bangga dalam sedih sebab dia dapat menolong orang lain..dia pon ade cakap..walau pun setakat ni semua ahli keluarganya x pernah ditimpa penyakit..tapi dia paham macam mane kalau sangat memerlukan dan sakit..dan dia mengharapkan jariah anaknya akan mendapat balasan di akhirat......

So..bila pikir balik lepas dengar macam tu..aku pon teringin gak nak menderma organ..kalau la time aku meninggal nanti semua organ masih berfungsi dan dalam keadaan baik..insya Allahhhhhh........

Yang tajuk satu lagi tu biasa jer.......pasal gaya hidup sihat.....

Apa pon yang baik dijadikan teladan..yang jahat jadikan sempadan...

Bak kata Dr. Ridhuan tadi...sentiasa lupakan kejahatan orang lakukan kepada kita...tapi jangan sesekali buat jahat kat orang...

Jangan sesekali lupakan kebaikan dan pertolongan orang terhadap kita..tetapi lupakan kebaikan kita kepada orang lain......


LoVe...........................

No comments:

Post a Comment

pendapat pembaca yang bijak