nuffnang

Wednesday, 26 October 2016

Cuba lagi

Masih mencuba untuk buat entri balik, setelah sekian lama blog ni tak diintai.
::
"
"
:
":
"

                      nanti kita sambung, banyak yang nak ditulis,




tapi masih belum sempat                                       

Friday, 17 June 2016

Anak Lima


Dah lama tak mengejngah ke sini

Sudah 6 bulan lebih bergelar ibu kepada lima anak.

Penat tak? itu yang selalu orang tanya. Entah la, sapa yang tak penat buat keje kan, penat tu biasa lah. Tapi penat pun masih tak kurus. Ada orang anak bertambah ramai mak nye makin kurus. Aku ni macam tu je lah.

MAcam macam ragam kat rumah.

Ada yang suka menyakat orang.
Ada yang suka menghayati drama, tak boleh tegur bila dia tengah layan drama, drama pulak tak kira bangsa dan bahasa, sume layan.

Ada yang jenis suka buat yang orang tak suruh buat

Yang paling tak boleh nak kontrol, yang kuat nangis.
Mainan dia jatuh dia nangis, nak pakai baju tak boleh dia nangis, nak minum air tak dapat capai pun nangis.

Ada yang pantang aku masuk dapur jer terus nangis, alahai anak perempuan sorang ni. Memang lah. Geram pun ada, bila kita ada lepak ke baring ke time dia main, boleh jer dia tawaf satu rumah. Tak paham betul.

Tak tahu lah jiran jiran aku kata apa kat aku ni, umah asyik bising jer.

Bila senyap, time pukul 10-11 malam, sunyi lah rumah.
Sebab semua dah tido, kecuali cek mek sorang ni.

Wednesday, 13 January 2016

2016

Hari ni dah hampir setengah bulan masuk tahun baru. ye..2016.

Sekejap sangat masa berlalu..rasa macam baru jer masuk tahun baru...dah hampir setengah bulan

Tahun lepas anak empat.

Tahun ni anak lima

Tahun ni tahun yang mencabar, ekonomi yang makin teruk...cabaran anak anak dah semakin besar...cabaran mendidik anak perempuan.

Maklumlah..tak pernah ada anak pompuan.

Sebelum ni lelaki lebih mendidik ke arah untuk memimpin..sekarang anak perempuan. Kena banyak belajar dan meneroka .

Nampaknya anak perempuan dah bangun...sambung lain kali yer.

Tuesday, 23 June 2015

Pengalaman Yang Berulang.

Puasa tahun ni, 2015 adalah kali ketiga berpuasa berdua.

Berdua tu bukan bermakna berdua bersama suami, tapi berdua sebab berbadan dua.

Alhamdulillah puasa kali ni tak banyak dugaan (setakat hari ni, 6 Ramadhan), boleh bersahur, lalu makan dan minum. Cuma kali ni lagi bersyukur sebab bila gosok gigi lepas sahur pun masih ok, berbanding yang sebelum ni, gosok gigi jer, keluar lah semua yang makan time sahur.

Badan pun tak terlalu mengantuk di waktu pagi, mengantuk sikit-sikit tu biasa lah, sebab bangun awal dari biasa untuk sahur.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah, semoga perjalanan puasa kali ini akan lebih lancar dan dipermudahkan segala urusan.

Friday, 16 January 2015

Sabar Je La


Dalam hidup ni macam macam orang dan keadaan yang akan kita jumpa.

Ada yang positif, ada yang negatif ada yang poyo dan ada yang sangat membantu.

Tapi apa pun jenis orang @ perangai manusia yang kita jumpa, hidup mesti diteruskan.

Banyak yang telah dipelajari sepanjang umur hidup ni...

Three series pun dah nak masuk separuh...so buat masa sekarang ni, apa yang paling menarik yang dipelajari dan patut diamalkan ialah, DIAM ITU LEBIH BAIK.

Baik hubungan suami isteri atau pun dengan kawan-kawan.

Kalau setakat rasa sentap sikit-sikit, yang mana orang lain mungkin tak perasan, pujuk la hati.

Jika rasa tetap jugak tak puas hati, mengadu lah pada yang Esa.

Mengadu pada manusia, mungkin lega sekejap, tapi bala yang mendatang belum tentu lagi.

Mane tahu, jika sekadar luahan itu dijadikan bahan untuk lagakan dan memusnahkan ikatan persahabatan dan ikatan ukhuwah.