nuffnang

Friday 30 September 2011

Satu ketika dulu




Harta


· Dihindar dari mendapat kerjaya yang haram dan terselamat dari sebarang jawatan atau kenaikan pangkat yang memudaratkan masa hadapan. Perlu diingat bukan semua kenaikan pangkat itu baik untuk hati dan jiwa manusia, ada sebahagian besar jawatan yang menghancur dan mengubah habis jiwa kebaikan dalam diri seseorang kepada jiwa penerima rasuah, tamak, rakus kuasa dan sebagainya.


· Direndahkan minat dan nafsu kepada harta dan pendapatan haram serta diberi kekuatan untuk istiqamah dalam yang halal. Inilah yang boleh digelar sebagai salah satu dari cabang ‘zuhud', iaitu kebebasan jiwa dan hati dari keterikatan dengan harta dunia. Jika diperolehi, syukur dipanjatkan, jika ia hilang dan pergi tidaklah terlalu ditangisi.


· Diberikan rasa cukup dan selesa dengan pendapatan yang diperolehi kini walau zahirnya kelihatan kurang mencukupi. Inilah dinamakan oleh ulama tasauf sebagai Qana'ah iaitu berasa cukup dengan apa yang telah ada, tetapi tidak henti untuk terus menerus memperbaiki diri dan kerja.


· Kenderaan yang digunakannya jauh lebih baik dari kenderaan yang jauh lebih mahal darinya. Begitu juga harta-hartanya yang lain seperti rumah dan lokasinya, diberi rezeki oleh Allah untuk berada di persekitaran yang baik, berjiran dengan mereka yang tidak menimbulkan banyak masalah.


· Sumber pendapatan tambahan boleh datang secara tanpa disangka-sangka. Ia tidak semestinya dalam masa terdekat, ia mungkin berlaku 10 atau 20 tahun akan datang.


Sumber : klik sini







*****************************************************************************




Kat atas tu artikel yang aku dapat dari seorang senior aku masa sekolah dulu.......dulu kakak ni kira brutal n otai ler kat dalam dorm kita orang...masa aku from 1..dio upper six..maklum ler..sekolah pompuan ....yang mane lembik selalu kene buli..aku pon jenis lembik jugak..tak pernah dok asrama......masa form 1 beria-ria nak dok asrama..pada hal umah aku ngan sekolah sembilan kilometer jer...tak ler jauh sangat..ade bas biasa yang pagi-pagi penuh ngan budak-budak sekolah..masa tu tambang pon sembilan puluh sen jer..tapi sebab selalu baca buku citer Nancy ngan ape tah tajuk dia...citer pasal seronok dok asrama kan...so mintak sangat dok asrama....








Lepas sebulan...nan hadooooooooooooo....menangis-nangis nak balik dok umah........haha...amik ko...nak sangat kan....








Kakak ni masa tu ketua dorm aku..aku ingat lagi dok dorm D..dorm hujung sekali kat level satu..paling dekat ngan toilet...kalau time boleh balik umah tu..setiap orang dari kami akan ditugaskan bawak balik baju sekolah atau pun apa-apa berkaitan ngan pakaian kakak ni..kami panggil dia KAK E..nama dia Yasirah rasanya....so aku pon x terkecuali..pernah kene bawak balik simis..kat bahasa standard ni orang panggil benda tu ape ntah..tapi kalau zaman sekolah dulu lepas pakai bra kene pakai baju tu...kalau tak baju sekolah tu jarang..nanti nampak tali bra..cikgu disiplin akan tarik.................








Tapi sekarang ni tengok dalam group alumni sekolah aku tu..macam kakak ni dah jadi macam ustazah gitu....may be zaman sekolah je lah dia macam brutal sikit........














Aku plak dok asrama time form one jer..pastu sampai form five aku berulang jer lah.........dah tak kuasa dok asrama.....








Sebab-sebab aku tak nak dok asrama:








1) Baldi aku selalu hilang...aku tahu sape yang amik..bila kau amik balik..orang tu amik lagi..tak kuasa aku..(cantik ke baldi aku???..entah ler...budak yang selalu amik baldi aku tu dah kaya skang..kawen ngan dato' dengar nye..)








2) Malam-malam tido lambat.....sebab katil atas, kiri kanan suka bersembang sampai tengah malam








3) Selalu mengantuk dalam kelas...ekoran dari no. 2








4) Makanan asrama yang aku tak kuasa nak telan..bila ma ngan abah dtg melawat..makan sepuasnya macam x jumpa makanan seminggu








5) Time prep yang selalu nya masa terbuang...jarang guna betul-betul








6) Tak suka main adik angkat kakak angkat..ni aku menyampah gak..kakak tu admire kat ko lah..pastu ade lak orang yang admire kat


kakak tu akan jeles...last-last aku berulang..haha..amik lah ko nak kakak angkat ke ape angkat ke..ade aku kisah












































LoVe...........................





No comments:

Post a Comment

pendapat pembaca yang bijak