nuffnang

Friday 16 January 2015

Sabar Je La


Dalam hidup ni macam macam orang dan keadaan yang akan kita jumpa.

Ada yang positif, ada yang negatif ada yang poyo dan ada yang sangat membantu.

Tapi apa pun jenis orang @ perangai manusia yang kita jumpa, hidup mesti diteruskan.

Banyak yang telah dipelajari sepanjang umur hidup ni...

Three series pun dah nak masuk separuh...so buat masa sekarang ni, apa yang paling menarik yang dipelajari dan patut diamalkan ialah, DIAM ITU LEBIH BAIK.

Baik hubungan suami isteri atau pun dengan kawan-kawan.

Kalau setakat rasa sentap sikit-sikit, yang mana orang lain mungkin tak perasan, pujuk la hati.

Jika rasa tetap jugak tak puas hati, mengadu lah pada yang Esa.

Mengadu pada manusia, mungkin lega sekejap, tapi bala yang mendatang belum tentu lagi.

Mane tahu, jika sekadar luahan itu dijadikan bahan untuk lagakan dan memusnahkan ikatan persahabatan dan ikatan ukhuwah.

No comments:

Post a Comment

pendapat pembaca yang bijak